Saturday, August 21, 2010

Jam Terbesar Di Dunia... Keindahan di Makkah









-sumber: sahabat emel-

10 Tanda Dialah adalah Jodohmu


BACALAH... BETAPA INDAHNYA KETENTUAN ILAHI

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- sumber: dikongsi oleh rakan emel -

Tuesday, August 17, 2010

Macam-macam... SANTAI

Salam semua.. ni semua antara perkara yang terjadi di Malaysia... yang boleh amik iktibar.. amik la... yang lain... JOM GELAK je lah... hehehheehhe...
-sumber... rakan emel-

Bagus pekedai ni... hehehehehe

Mak aii... ni betoi2 OTAI...

Ha... cara mencegah kehilangan helmet.. kelas lah....

Add caption

Ni bukak je pintu terus ke syurga@neraka... hahahaha

Tauke tahap takde idea nak taruk nama kedai ape... hahahhahah

Cian budak nih... hihihi

Confirm selamat punya.......

ni pon sama... tahap keselamatan yang betoi2 ketat

hahaahah...kes tak cukup parking la nih...

Sunday, August 15, 2010

Share your culture with us in Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini... aku ditugaskan mencari cerita tentang kepelbagaian budaya dan cara menyambut bulan puasa dikalangan Komuniti Antarabangsa...

Dah tentu la sasaran aku kat ahli-ahli diplomat, High Commision dan kedutaan antarabangsa kat area KL ni jeh...hahahhaahha

Marhaban Ya Ramadhan....

Apa Salah Mereka?

-pics from google-
Cute kan... korang sampai ati tgk mereka ni mati dalam lubang
jamban awam???? pikir la sendiri....
Aku pernah la ditanya oleh rakan sekerja... soalannya berbunyi begini... Kenapa agaknya dalam sekitar bulan 8 dan 9 ni kita mesti akan banyak mendengar pasal kes buang bayi???

:::agak-agak korang apa jawapanya....?:::

Alkisahnya... para muda mudi kita nih (yang buang anak tuh terutamanya) buat projek masa New Year... ada logik x? ha.... mestilah kan...

Topik hamba pagi ni bukannya pasal New Year eh... ni pasal manusia yang berperangai cam haiwan... Bukan nak cakap hamba ni bagus nak mengkritik manusia lain, tapi sekurang-kurangnya aku kesian sgt pada baby-baby tuh... Kene buang tahap terhina ---- dalam tong sampah, longkang, parit dan sebagainya la ----

:::giler kan:::

Setahu aku la...baru bulan ogos ni ha... da 64 kes buang bayi... adoyaiiiiii... KORANG INGAT BABY TUH CAM POLISTRENE MAKANAN KER? (laungan buat mereka yang melakukan jenayah ini....)

Terbaru (blog ditulis pada 16 ogos) mayat bayi perempuan dibungkus tuala dan sehelai kain hijau ditemui 3 lelaki yang ngah menjala ikan kat sungai dekat ngan Kolej Segi, Kotya Damansara kira-kira jam 10.30 pagi.

Baby tuh siap pakej ngan tali pusat (nampak sgt lahir jeh terus kene campak...)

Bayangkan la kalu korang jadi baby tuh... baru tengok dunia bape jam... dah masuk dunia lain lak..

:::Nak tengok dari sudut positif ke??? ok boleh la sikit... Baby tuh sah2 masuk syurga..... dan mak bapak dia kalu tak bertobat... direct flight ke Neraka la kan...urmmmmm:::

Takde ke diaorg ni rase kesian ke? bersalah ker? hurmmmm... ye la yang menanggungnya tuan badan... tapi xpulak diaorg ni rase sayang kat baby tuh... berbulan2 dalam perot weiy..

Lagi sakit hati... Dalam bulan puasa pule....

Perdebatan tentang isu ini takkan habis.... kan???

Hurm... ingatlah... sendiri buat sendiri tanggung... jangan la buatkan perkara-perkara tak senonoh... da la berdosa.. hapah pon xdapat... selain malu ngan dosa... kan...

--tindakan terbaru kerajaan berkaitan isu--

Berkuatkuasa serta merta semua kes buang bayi akan disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung samapai mati kepada si pelaku.

Kes ni gak akan disiasat mengikut seksyen 307 kanun keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

SOKONGGGGGGGGGG!!!!! bahkan nak lagi...

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN dah tiba!!!!!!!!!!


Ketika menjelang bulan Ramadhan yang mulia ni (atau kita orang Malaysia ni sebut :::Bulam Puasa:::) sedar tak????.... macam-macam msg ucapan menyambut bulan pose yang akan kita terima.. hehehhehhh... ye la.. org kita ni mmg kreatif.. ada ucapan yang aku terima membuatkan aku nak ketawa terbahak2... ok la tu kan.. kita terima msg tuh dari kawan2, makcik n pakcik sedara mahupun awekssss... Maknanya diaorg sumer igt kat kita... TAPI... timbul la 2 persoalan dalam kepala otak aku... (mcm la banyak sgt memikirnya... hehehehhhehee)

Pertama... Adakah msg yang dihantar seiring dengan penghayatan pada bulan yang mulia ini....?
::: mengikut pengalaman hidup aku yang tak seberapa ni la... ia sekadar budaya.... Malangnya tiada langkah sewajarnya (yakni sebagaiumat Islam) yang diambil.. ye ke tak... kita just suke2 hantar n forward msg2 sebegitu kepada org lain,,.. hakikatnya??? adakah segala nasihat dan ingatan yang terkandung dalam msg itu kita ikuti.... urmmmmm... aku tak cakap ia salah... tetapi alangkah cantiknya jika perbuatan disusuli amalan dan tindakan.... (sebenarnya aku ngaku.. aku pon salah sorang yang buat camtuh gak)....

Kedua... Adakah msg yang dihantar tuh ikut etika?
::: kita yang hidup kat dunia ni dikelilingi dengan pelbagai sensitiviti.... antara sensitivit paling sensitif.. isu bangsa n AGAMA.... paling penting kita perlu berhati-hati ngan msg yang dihantar... takot ia disalah-tafsirkan... nanti kang boley bawak bergado... lain niat dihati... lain yang terjadi... sape nak jawab... haaaaaa...

Oklah... sama-sama mengingatkan diri kita k... dan nak dipertegaskan sekali lagi... jgn salah anggap dengan ape yang aku perkatakan.... menghantar msg ucapan sambutan Ramadhan tidak salah... malah bagus sebab saling mengingati antara satu sama lain....

-sama-samalah beramal -

Monday, August 9, 2010

Satu langkah bermula...


Orang tua-tua berkata... biar bertatih, merangkak, kemudian baru berjalan.... jangan nak gopoh...
dah lama sangat aku teringin nak buat blog.... sekurang-kurangnya aku ade la medium nak luahkan pendapat mahupun kongsi pengalaman hidup yang tak seberapa ngan orang lain.... heheheheheh...
Mulakan tiap langkah dengan
mengingati Allah..
Bismillahirohmanirohim...
Kepada otai-otai blog diluar sana yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni... saya mintak tunjuk ajar... mintak sikit ilmu dan pengetahuan malahan kemahiran anda semua....
Masih belum jelas blog ini berorientasikan ape??? Emosi, cerita peribadi, pandangan politik atau ilmiah mahupun ape yang berlaku di seluruh dunia... Kiblatnya akan ditentukan dari masa ke semasa.....
yang pasti... aku daftarkan dulu diri sebagai salah seorang blogger di dunia ni.... hehehehehheehehhee.....